Sunday 11 December 2011

Hari2 dalam Kehidupan Mukmin

Assalamualaikum...

Blog yang telah lama di siapkan, akhirnya Allah mengerakkan jari-jemari ini untuk membuat perkongsian, Subhanallah. Mahu tahu?? Setiap minggu, iaitu hari isnin, tepat pada jam8.00am Slot pengisian hati diadakan. Slot yang amat saya ske. Menghimpunkan hati2 yang ingin meningkatkan iman. Subhanallah, Segala Puji-Pujian Hanya untukMu Ya Rabbi. Hari nie tajuk yang di berikan adalah 'Hari2 dLM kehidupan Mukmin'. Yang Pertama, Yusuf Al-Qaradawi mengatakan Seorang Mukmin itu bangun sebelum subuh, kerana kenikmatan itu ada, kita dapat menunaikan solat2 sunat seperti Solat Sunat Taubat, Hajat dan ibadah2 lain.

Rasulullah SAW bersabda:
“Syaithan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu ketika ia tidur dengan 3 ikatan. Kemudian syaithan itu meniup tiap-tiap ikatan dengan ucapan masih panjang waktu malam, kerana itu teruslah tidur.
Apabila ia bangun lalu dia mengingati Allah, nescaya ikatan itu akan terlepas. Jika ia berwudhu’ maka akan terlepas satu lagi ikatan dan jika ia sholat, maka akan terlepas pulalah seluruh ikatan sehingga ia bangun dengan badan yang bersih serta semangat yang segar. Tetapi jika dia tidak bangun, maka perasaannya menjadi lemah lagi malas”.
(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Penjelasan:
Setiap orang yang merebahkan dirinya untuk tidur, maka pada saat itu syaithan akan mengikat 3 simpul talinya pada diri yang bersangkutan . Apabila ternyata orang itu terus tidur sampai kewaktu pagi berarti syaithan itu berhasil, tetapi apabila ia bangun ditengah malam, kemudian dia ingat kepada Allah, maka ikatan syaithan tersebut terlepas dan apabila ia kemudian berwudhu’ maka ikatan tali syaithan yang kedua terlepas. Dan jika ia kemudian berdiri untuk solat malam, maka lepaslah seluruh ikatan tali syaithan tersebut dan orang semacam ini akan menikmati kesegaran badan dan kesegaran rohani pada pagi harinya, sehingga rasa malas menjadi hilang. Nah! macam na? ayuh, pakat2 bangun sebelum subuh :-)..

       Kedua, Mendirikan solat dengan sempurna, Khusyuk dan Tawadduk. Pernah ka kita terfikir adakah solat kita di terima ataupun tidak??. Sebenarnya ada tanda2nya, bila kita menunaikan solat, kita merasa diri kita hamba yang kerdil lagi hina di hadapan Allah dan tidak akan melakukan maksiat kerana perasaan takut lahir dari hati, takut2 segala amalan tidak diterima, Nauzubillah.

      Ketiga, berdoa pada Allah. Rasulullah menyuruh kita membaca doa dalam Surah Al-Baqarah ayat 201 " Rabbana atina fid-dunya hasantan wa fill akhiratai hasanatan, wa qina azabannar" yang maksudnya : ' Ya Allah aku memohon dariMu Kebaikan di dunia dan di Akhirat dan jauhkan dari siksaan api neraka'. Pentingnya kita berdoa kerana apa? “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].Mengadulah padaNya, meskipun soal jodoh kita sendiri, jangan pernah merasa ia seolah2 benda yang remeh, percayalah anda sekalian akan dapat yang tidak pernah di gambarkan oleh kamu sendiri. Ingat tidak, kisah sahabat Rasulullah, Julaibib namanya. Orangnya tidak hensem, berkulit hitam, keturunannya juga tidak di ketahui. Suatu hari, Rasulullah menanyakan soalan 'mahu ka kamu berkahwin?'. Dijawabnya 'Siapa yang mahu dengan aku yang tidak mempunyai rupa, harta dan keturunan pun tidak jelas'. Soalan nie Rasulullah ulang setiap hari dan jawapan yang sama juga di berikan. Rasulullah membawa Julaibib berjumpa dengan seorang Pemimpin Ansar yang mempunyai seorang anak perempuan solehah dan cantik. Rasulullah menyatakan hasratnya meminang anak perempuan pemimpin Ansar tersebut untuk Julaibib. Anda dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ayah time tue?.. Kita pendekkan cerita, akhirnya anak pemimpin Ansar tersebut menerima kerana Rasulullah yang datang Khas untuk meminangkn dirinya dengan Julaibib. Dan anda dapat bayangkan bagaiman perasaan Jualaibib time tue? Subhanallah!. Jangan lah pernah merasa malu atau merasakn mengadu padaNya 1 perbuatan yang remeh. Mengadulah, merintihlah dan mintalah padaNya...

    InsyaAllah, setakat ni sjalah yang dapat saya kongsikan, semoga Allah Redha dengan kita. Amin 

Wednesday 24 August 2011

Dan Bersamalah,

Dalam dakapan ukhuwwah kita bersama, bukan untuk saling terikat membebani, melainkan untuk saling tersenyum memahami dan saling mengerti kelembutan nurani yang tercipta di dalam sanubari